Salam Takziah kepada seluruh Keluarga Allahyarhamah adik Zara Qairina pelajar tingkatan 1 SMA Tun Datu Mustafa Limauan meninggal akibat terjatuh daripada tingkat 3 Asrama.
Allahyarhamah adik Zara Qairina berasal daripada Sipitang sebelum ini bersekolah di SK Pantai Sipitang akan dikebumikan di kuburan Tg Ubi daripada Masjid Mesapol pada malam ini.
P/S : Salam takziah daripada saya buat Noie AiDa sekeluarga. Semoga rohnya dicucuri Rahmat daripada Allah Taala 💕 dan ditempatkan bersama-sama dengan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh dan solehah. Aamiin
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mohon sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah anak saya 𝗭𝗮𝗿𝗮 𝗤𝗮𝗶𝗿𝗶𝗻𝗮 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 (16 Mac 2012 - 17 Julai 2025).
انا لله وانا اليه راجعون.
اللهم اغفرلها وارحمها وعافها واعف عنها.
Ya Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya..semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
𝙎emoga roh ALLAHYARHAMAH Zara Qairina binti Mahathir dicucuri rahmat oleh Allah SWT serta ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman di syurga.
*ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ* *ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ* *وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞* *ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين*
".. Tidak mati bah tu budak.."
Saya masih bercakap tentang peristiwa menyayat hati berkaitan pemergian Allahyarhamah Zara Qairina..
Di atas ini adalah petikan whatsapp chat pelajar tingkatan 4 kepada pelajar tingkatan 5. Chat nya panjang dan menggunakan shortform. Jadi saya bantu penuhkan ejaan untuk memudahkan yang lain baca..
Boleh juga rujuk gambar untuk sambungan petikan chat tersebut..
Saya ada gambar paparan chat tersebut. Saya tidak up di sini sebab saya tahu ia sudah berlegar-legar di kalangan orang ramai..
=========================
Sedikit sisipan untuk kita berfikir..
Dalam mesej pelajar tingkatan 4 tersebut..
Katanya, 'budak' tu tidak mati. Hidup lagi. Jadi, maksudnya, betullah tu mereka buat begitu pada 'budak' tu? Tapi masih hidup. Jadi jangan panggil mereka pembunuh 😌
Tapi end up.. Adik Zara meninggal dunia juga.. Pergi membawa kesakitan yang tidak terbayangkan 😭😭😭
Kepada pelajar tingkatan 4 tersebut (and the gang).. Soalan saya pada kamu semua..
"bila adik Zara sudah meninggal dunia, boleh lah sudah panggil kamu pembun*h?" 😌😌😌😌
============================
Dan Alhamdulillah.. Dapat khabar bahawa laporan polis sudah dibuat berkaitan penemuan tubuh Allahyarhamah Zara Qairina yang cedera parah disyaki 'jatuh' dari tingkat 3 blok asrama..
Ramai menyuarakan kerisauan kerana mereka mendapat khabar angin seolah-olah kes ini akan selesai begitu saja..
"info dalaman cakap, diari Zara tiada sebut tentang buli"
"ada yang cakap pada lokasi kejadian tiada unsur jenayah"
"ada kakitangan sekolah menafikan kejadian buli. Katanya TIDAK BETUL. SEBAB TIADA BUKTI-BUKTI KUKUH"..
Banyak lagi kerisauan lain yang berasas. Tidak dapat saya taip satu-satu. Disebabkan semua penyampai info risau keselamatan mereka, maka saya tidak share paparan screenshot yang saya terima 🙏
(dasyat juga pembuli ni sampai ke tahap ini orang lain risaukan keselamatan diri mereka, jika kantoi bagi info bukan setakat pelajar, orang dewasa pun ikut rasa tidak selamat 😌)
Namun suka untuk saya ingatkan, walaupun ramai yang risau ada pihak cuba menyembunyikan/melupuskan bukti, percayalah, pihak polis pasti berikan yang terbaik dalam siasatan kes ini. Kerisauan itu wajar, namun, marilah kita berdoa.. Allah berikan keajaiban untuk kes ini agar terbongkar segalanya. Mustahil bagi kita, namun tidak mustahil untuk Allah swt 🤲
Saya suka untuk kongsi sedikit ilmu yang saya pelajari sewaktu belajar undang-undang dari tahun 2003 - 2010 dulu.. Supaya kerisauan kita dialasi dengan ilmu agar kita dapat mengendalikan emosi kita dan di sebalik kerisauan itu tetap kita letak pergantungan terhadap Allah swt..
Doa - usaha - tawakkal
Pegang ini ya 🤲
➖➖➖
❓Dalam kes ini, apakah undang-undang yang terpakai?
Dalam kes yang disyaki melibatkan buli sehingga menyebabkan kematian, sama ada:
⚡ pelajar diugut ditolak dari bangunan jika tidak mengaku mencuri (contoh); atau
⚡ pelajar tertekan sehingga terjun bangunan (contoh); atau
⚡ lain-lain kemungkinan..
beberapa seksyen dalam Kanun Keseksaan (Penal Code) boleh terpakai, iaitu:
📋 Seksyen 302: Bunuh.
📋 Seksyen 305 & 306: Hasutan membunuh diri/mendorong kepada bunuh diri.
📋 Seksyen 323/324/326: Kecederaan fizikal.
📋 Seksyen 506: Ancaman jenayah.
📋 Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2017): Jika melibatkan pelajar bawah umur.
➖➖➖
❓ Adakah memadai siasatan hanya berdasarkan diari mangsa?
Tidak wajar dan tidak mencukupi.
🔍 Diari mangsa boleh menjadi salah satu bentuk bukti, lebih kepada bukti sokongan atau sekunder (corroborative evidence). Ia mencerminkan keadaan emosi dan tekanan dalaman mangsa, siapa yang disebutkan, dan bentuk penderaan yang mungkin dialami.
Tetapi dalam sistem keadilan jenayah, siasatan tidak boleh bersandarkan hanya kepada satu sumber bukti, apatah lagi jika sumber itu datang daripada mangsa yang sudah meninggal dunia dan tidak boleh mempertahankan dirinya 😢
➖➖➖
❓Jadi, bagaimana bukti sahih dikumpul dalam kes jenayah?
Dalam undang-undang jenayah Malaysia, prinsip keadilan mengkehendaki siasatan dilakukan secara menyeluruh dan menyelidik semua kemungkinan. Ini termasuk:
👥 Saksi-saksi hidup : pelajar lain, guru, warden, kakitangan sekolah
📹 Rakaman CCTV (jika ada)
📱 Rekod komunikasi seperti WhatsApp, mesej teks, media sosial
📄 Keterangan pihak terlibat : pelajar yang ada kemungkinan membuli atau nama mereka pernah disebut oleh mangsa kepada mana-mana ahli keluarga
🧠 Laporan perubatan atau psikiatri – jika mangsa pernah dirawat atas tekanan atau trauma
🔎 Corak tingkah laku – adakah mangsa berubah secara drastik sebelum kejadian?
Contoh: ada yang kata mangsa berkurung dalam tandas berjam-jam pada hari tersebut, dan lain-lain
➖➖➖
🚨 Kenapa hanya menyiasat 'diari' itu berbahaya?
Ramai yang keliru dan kesal bila membaca screenshot mesej dari orang2 dalam sekolah yang menyatakan, "tiada unsur buli disebut dalam diari", lalu terus membuat kesimpulan:
"Oh, jadi ini bukan kes buli. Ini masalah peribadi."
Ini adalah satu bentuk kesilapan logik yang sangat bahaya.
Kerana:
‼️ Tidak semua mangsa trauma berani menulis nama pelaku secara jelas.
‼️ Ada yang hanya tulis tentang kesedihan atau tekanan, tapi tidak menyebut puncanya secara spesifik, sama ada kerana takut, rasa bersalah atau tidak tahu ia adalah jenayah.
‼️ Malah, banyak kes buli dan penderaan emosi tidak berlaku dalam bentuk fizikal yang jelas, tetapi melalui pemulauan, hinaan, ugutan, dan manipulasi, yang susah dibuktikan tanpa siasatan rapi.
➖➖➖
Bagi meredakan kerisauan sahabat semua, since pihak polis sudah ambil maklum berkaitan kes ini..
Saya bantu jelaskan sedikit berkaitan undang-undang, bahawa dalam sesuatu siasatan mestilah menyeluruh dan tidak boleh bersandar kepada satu bukti sahaja. Ini disebut sebagai prinsip 'beyond reasonable doubt', maknanya, untuk sesuatu pertuduhan jenayah dikira sah, ia perlu disokong oleh pelbagai bentuk bukti yang saling menguatkan.
Bismillah.. Diari bukan penutup kes.. Dan saya yakin pihak polis tidak akan semata-mata menyiasat berdasarkan sebuah diari semata-mata 😅 kalau ya, something wrong somewhere 😐
Siasatan yang dilakukan hanya berdasarkan diari adalah tidak adil, tidak profesional, dan membuka ruang kepada penafian dan penghapusan bukti oleh pelaku yang masih bebas dan juga oleh pihak-pihak yang berkepentingan (mahu jaga nama, periuk nasi, etc etc).
Sahabat semua perlu faham, kebenaran tidak boleh bergantung pada sekeping kertas milik mangsa semata-mata. Ia perlu dikorek melalui saksi hidup, pengakuan pelaku, dan rekod lain yang menyokong.
Jika benar siasatan hanya dibuat melalui diari, maka kita sedang mempertaruhkan kebenaran di atas satu sisi cerita yang belum lengkap. Kita bukan mencari keadilan, tapi hanya menutup kes. Dan lebih parah, kita sedang membiarkan kezaliman terus bersembunyi di sebalik tulisan yang tidak mampu bersuara lagi.
Mari kita serahkan kepada pihak berwajib. Kepada pihak yang ada maklumat, tolong tampil berikan info. Ramai orang takut bersuara kerana risau akan dibalas dendam, dicederakan atau dikenakan tindakan. Bahkan ada yang takut disihir!
Tapi perlu tahu, undang-undang Malaysia ada peruntukan khas untuk melindungi saksi, terutama dalam kes jenayah.
✅ Nama dan identiti dirahsiakan.
✅ Saksi tidak boleh diugut atau ditekan.
✅ Jika ada ugutan, ia boleh menjadi satu kes jenayah baru.
✅ Jika bawah umur, keterangannya akan diambil dengan perlindungan khas.
Ini semua tertulis dalam akta dan prosedur khas, contohnya Akta Keterangan, Akta Kanak-Kanak, dan peraturan siasatan polis.
Lebih-lebih lagi, kepada pihak yang pernah alami "dibangunkan jam2 pagi, dibawa ke korridor, kemudian diugut akan ditolak dari tingkat 3 jika tidak mahu mengaku mencuri. Siap ada yang pegang kaki dan tangan kanan kiri, acah-acah mahu diterbalikkan dari tingkat 3 ke bawah". Tolong lah tampil 🙏🙏🙏
Ada yang alami, tapi trauma dan takut munculkan diri bagi info. Kita doakan ya. Semoga semua saksi muncul. Aamiin2 🤲🤲🤲
Sia-sia perjuangan ini, kalau ramai mahu tutup mulut. Sia-sia nyawa Allahyarhamah Zara Qairina melayang, jika kita masih tidak mahu bersuara.. Kerana, jika kita diam, takut ada lagi yang akan jadi mangsa. Pemergian Allahyarhamah Zara adalah satu wake-up call buat semua yang sedang menyembunyikan info kerana trauma dan takut. Apapun, saya doakan semua pihak diberikan kekuatan untuk menyatakan kebenaran 🤲🤲🤲
Bismillah,
Marhamah Rosli
20/07/2025
--------------------------------------------------
KRONOLOGI KES ZARA QAIRINA DARI AWAL KEJADIAN SEHINGGA BELIAU MENINGGAL DUNIA
Lokasi tempat Allahyarhamah Zara Qairina ditemui sebelum dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia pada 17 Julai 2025 yang lalu. Al-fatihah dibaca untuknya. Aamiin Ya Robbalalamiin.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Kami menulis kronologi ini bukan dengan tangan yang kuat, tetapi dengan tangan yang menggigil — sambil air mata menitis tanpa henti.
Ini bukan sekadar catatan, tetapi helaian terakhir kasih sayang kami buat seorang anak yang tidak sempat kami selamatkan.
Nama anak kami: Zara Qairina binti Mahathir
Umur: 13 tahun
Tarikh pemergian: Khamis, 17 Julai 2025
Tempat: SMKA penuh di bawah KPM
Zara adalah anak yang baik. Patuh solat. Lembut hati.
Dia pergi dalam keadaan yang sangat tragik — dan hingga kini, kami masih tidak tahu sepenuhnya apa yang berlaku pada malam dia ‘dijumpai jatuh’ itu.
Kami merayu sepenuh jiwa kepada sesiapa yang membaca:
Tolong jangan tinggalkan komen yang menyakitkan.
Tolong jangan persoalkan hal peribadi keluarga yang tiada kaitan.
Kami terlalu sedih untuk menjawab anda.
Kami hanya mahu anak kami dikenang dengan maruahnya — dan kisahnya diberi ruang untuk didengari oleh dunia yang selama ini membisu.
Kami redha. Tapi kami tidak akan berdiam.
Zara, kami mandikanmu dengan air mata. Tapi kami akan bela maruahmu dengan kebenaran..
Kronologi Penuh: Pemergian Arwah Zara Qairina (2025)
Jam 2–3 pagi: Bukan Waktu Asrama Sunyi
Zara sering memberitahu keluarganya bahawa:
> Waktu jam 2–3 pagi, ramai budak masih berjaga. Ada yang makan megi, berbual, berkumpul dalam bilik air atau ruang bawah untuk mendobi.
Maklumat ini bercanggah dengan naratif bahawa tiada siapa tahu apa berlaku atau bahawa semua pelajar sedang tidur ketika Zara jatuh.
➡️ Soalannya sekarang: Jika benar ramai pelajar masih bangun waktu itu — mengapa tiada seorang pun yang nampak, dengar jeritan, atau datang membantu?
Disusun oleh keluarga waris. Demi kebenaran. Bukan untuk menyalahkan.
---
1. Zara Qairina – Anak yang Baik dan Kuat Jiwa
Zara mendaftar masuk ke sekolah menengah Kebangsaan Agama ( berasrama ) di bawah KPM pada 18 Februari 2025. Dia ceria, rajin solat, suka berkongsi makanan dengan rakan-rakan, dan tidak pernah membalas walau dibuli. Dia selalu berkata:
> “Tak apa mama, Zara lawan je semua. Zara inda takut.”
Namun, sejak awal, Zara sudah mula menghadapi beberapa gangguan di asrama:
Disuruh mengambil air panas Coway jam 2–3 pagi
ke bawah banguan blok..Dorm zara tingkat 3.
Dompet dan wang saku selalu hilang, barang-barang peribadi dicuri
Rakan-rakan mengambil kesempatan suruh dia belanja
Seorang pelajar tomboi didakwa pernah meraba dan mencium mulut & kmaluannya semasa tidur (Zara jenis tidur mati – hanya diberitahu oleh rakan lain)
- Dalam minggu terakhir, Zara maklumkan kepada ibunya bahawa seorang pelajar senior marah kerana Zara catat nama pelajar tidak solat, dan mahu “berjumpa” dengan Zara
Ayat Zara kepada ibunya:
> “Mama, mama buat apa tu? Mama… Zara mau kena panggil dengan kak Wana…”
Ibu Zara pernah datang ke asrama dan memberi amaran kepada pelajar-pelajar yang membuli. Tapi Zara tetap mahu terus bersekolah — dia nampak kuat luarannya, walaupun dalam diam dia sedang menanggung banyak perkara.
---
2. Hari Kejadian – Rabu, 16 Julai 2025
Sekitar jam 3 pagi, ibu kandung dihubungi oleh warden sekolah yang memaklumkan bahawa:
> “Zara jatuh. Zara koma.”
Ibu kandung diberitahu kaki dan tangan Zara patah. Tiada pengetua atau guru lain yang bercakap..warden yg menelefon.
rekod pbualan ada dlm simpanan ibu kandung.
3. Lokasi Jatuh– Tingkat 3 Asrama Pelajar
Menurut maklumat daripada pelajar yang berada di sana dan pemerhatian keluarga:
Zara jatuh dari tingkat tiga bangunan asrama perempuan, ke kawasan berhampiran tepi laluan longkang berlantai konkrit
Ketika dijumpai, tubuhnya dalam keadaan:
Kepala terkulai dalam longkang
Kaki kanan terjulur lurus, manakala kaki kiri terlipat pelik
Tangan terlentang, muka menghadap ke depan dalam keadaan terlentang
Tiada darah kelihatan di kepala atau badan
hanya darah di tapak kaki kiri yang luka terbelah.
Namun, kecederaan dalaman sangat teruk — kepala lembut, otak tidak berfungsi, tengkuk seperti patah, kaki terbalik, dan organ dalaman gagal.
Tiada kamera CCTV yang disahkan di lokasi jatuh

Kedudukan posisi almarhumah ditemui sebelum dibawa ke hospital sejurus selepas itu
Jika benar dia jatuh sendiri dari tempat tinggi, bagaimana mungkin mukanya langsung tiada luka — sedangkan tubuh dalam keadaan dalaman yang parah?
Ini menimbulkan persoalan penting yang masih belum dijawab oleh pihak sekolah dan penyiasat..
rujuk gambar dibawah..lokasi arwah jatuh.
4.Persoalan tentang Cara Zara Jatuh – Masih Tiada Jawapan
Berdasarkan keadaan fizikal arwah ketika dijumpai, kami — sebagai waris — tertanya-tanya:
Jika benar Zara jatuh sendiri dari tingkat tiga, mengapa mukanya langsung tiada luka, sedangkan bahagian dalaman tubuhnya rosak teruk?
Jika dia jatuh dalam keadaan sedar, kenapa tiada kesan pertahanan diri, tiada jeritan, tiada saksi langsung?
Posisi badan arwah seperti terletak — bukan berguling atau terseret, seperti biasa berlaku dalam kes jatuh sendiri
Zara dijumpai dalam keadaan terlentang, kepala berhampiran longkang, kaki kiri terlipat dan tapak kaki terbelah berdarah — tapi kepala tidak berdarah, muka bersih, tangan di sisi
Semua ini menimbulkan persoalan besar yang belum dijawab:
> “Adakah Zara jatuh sendiri? Atau dia terdorong? Atau jatuh dalam keadaan tidak sedar? Atau... dicampak?”
Kami tidak menuduh sesiapa. Tapi kami berhak untuk bertanya — dan menuntut siasatan yang telus, bukan yang didiamkan.
---
Pandangan Kami: Zara Tidak Jatuh Sendiri
Berdasarkan maklumat dan pemerhatian logik:
Kecederaan dalaman terlalu teruk, tetapi muka langsung tiada calar
Posisi badan tidak menunjukkan panik atau cuba tahan jatuh — sebaliknya seolah jatuh dalam keadaan pasrah, separa sedar, atau sudah tidak sedarkan diri
Tiada saksi langsung tampil, walaupun ramai pelajar berjaga jam 2–3 pagi
Tiada jeritan, tiada bunyi kuat, tiada respon — sesuatu yang sangat pelik dalam kejadian sepatutnya berlaku secara tidak sengaja
> Kami tidak percaya Zara jatuh sendiri.
Zara mungkin:
Didorong secara paksa,
Dipaksa keluar dalam ketakutan,
Dicampak dalam keadaan pengsan,
Atau — lebih memilukan — dicederakan terlebih dahulu dan kemudian dijatuhkan untuk menutup sesuatu.
Apa pun kebenarannya — Zara mati dalam situasi yang tidak normal. Dan sekarang... semua orang bertindak seolah ini kematian biasa.
Kami tidak akan benarkan itu berlaku.
❗ Persoalan SOP Asrama – Kenapa Ramai Masih Bangun Jam 2–3 Pagi?
Zara sering memberitahu keluarga bahawa:
> "Ramai budak belum tidur waktu jam 2–3 pagi. Ada yang makan megi, basuh baju, turun ambil air panas."
Dan pelajar yang menjumpai Zara terbaring selepas jatuh juga dilaporkan sedang menuju ke ruang dobi jam 3 pagi.
Ini menimbulkan persoalan besar:
Bukankah pelajar asrama sepatutnya wajib tidur sekitar jam 10.30 malam atau paling lewat jam 11 malam?
Siapa yang kawal pelajar jam 2–3 pagi?
Kenapa tiada warden, tiada guru bertugas menegur atau menyekat pelajar yang keluar bilik sesuka hati jam 3 pagi?
Kalau tiada kawalan — adakah wajar Zara dikatakan "terjatuh" dalam keadaan tiada siapa tahu?
➡️ SOP longgar ini sendiri membolehkan kejadian seperti ini berlaku — dan boleh disembunyikan.
> Kami persoal SOP dan kawalan asrama. Jika anak kami boleh 'jatuh' pada jam 2–3 pagi tanpa sesiapa tahu atau dengar — ini bukan hanya kecuaian. Ini adalah pengabaian tanggungjawab.
5. Waris Kedua Tiba – Khamis, 17 Julai, jam 11 pagi
Saya, waris kedua, tiba dari Kuala Lumpur terus ke Sabah jam 11 pagi dan terus ke hospital. Di sana, doktor maklumkan bahawa Zara tidak lagi berfungsi otak (brain death). Kecederaan sangat serius:
Tengkorak pecah, kepala lembut berair bila disentuh
Tiada darah keluar dari kepala – hanya dari kaki
Tengkuk seperti patah
Saraf tunjang belakang dipercayai terputus atau rosak teruk akibat impak — berkemungkinan besar menyebabkan kelumpuhan dan kegagalan fungsi sistem utama
Tangan & kaki patah,.... kaki kiri terkehel dari buku lali
Tapak kaki kiri luka terbelah dan berdarah
Organ dalaman gagal, jantung membengkak
Doktor turut memaklumkan kemungkinan besar berlaku pendarahan dalaman — dipercayai akibat arteri utama di bahagian pinggang terputus. Walaupun tiada darah keluar secara luaran, darah telah berkumpul dalam rongga dalaman sehingga menyebabkan kegagalan organ dan pembengkakan jantung
Namun bahagian depan badan termasuk muka tiada sedikit pun calar. Muka bersih, tiada kecederaan. Doktor percaya arwah jatuh sekitar jam 1 ke 2 pagi. Pihak sekolah menjumpai arwah dalam jam 3 pagi, dan ambulans sampai dalam jam 4 pagi.
Doktor sahkan: “Kalau hidup pun, Zara akan kekal seperti mayat.” 😥
6. Cubaan Pengetua Sekat Laporan Polis – Di Hospital (Khamis, 17 Julai 2025)
Semasa di hospital, pengetua sekolah telah memujuk ibu kandung Zara agar tidak membuat laporan polis, dengan alasan:
> “Tak perlu puan buat laporan. Sekolah dah buat.”
Ibu masih dalam keadaan trauma, tidak stabil emosi, dan pengetua mengambil kesempatan situasi itu untuk menekan ibu secara halus.
Namun begitu, selepas waris kedua tiba dari KL pada hari yang sama (Khamis), waris akhirnya mengambil keputusan untuk buat laporan polis pertama secara rasmi.
---
7. Keputusan Henti Mesin Oksigen
Pada jam 4:30 petang, doktor memanggil ibu dan saya untuk berbincang. Kami akhirnya bersetuju menghentikan mesin pernafasan Zara.
> “Nurse tanya: ‘Boleh kami teruskan ke, puan?’ Saya hanya mampu menangis.” “Saya lihat satu persatu wayar dicabut. Hati saya hancur.” “Saya ajar anak saya mengucap — tapi suara saya teresak sampai saya sesak nafas.”
---
8. Sikap Sekolah & Pengakuan Menteri Pendidikan
Beberapa guru sekolah dan pegawai JPN hadir ke hospital, tapi semuanya diam. Apabila kami tanya apa yang berlaku, seorang guru berkata:
> “Kami guru sesi pagi, kami tiada di tempat kejadian.”
Namun, warden yang hubungi ibu memang berada di asrama waktu kejadian itu ada bersamaa dalam wad melawat.tetapi memilih berdiam diri apabila saya bertanya..
Kebanyakan guru² yg dtg melawat lebih kpd mengambil gambar arwah terbaring di katil berbanding untuk menenangkan waris.
Apabila kami desak jawapan, Menteri Pendidikan YB Fadhlina Sidek yg kbetulan dtg melawat ke hospital , beliau sendiri menjawab:
> “Saya yang arahkan pihak sekolah supaya tidak beri sebarang maklumat kepada waris kerana kes masih dalam siasatan.”
Ini mengejutkan kami, kerana ia bermaksud maklumat ditahan secara arahan rasmi — bukan oleh polis.
---
9. Cadangan Sekolah yang Tidak Wajar
Ketika kami sedang uruskan jenazah, wakil sekolah mencadangkan agar jenazah dibawa ke sekolah untuk disolatkan dan diberi penghormatan.
Saya marah dan jawab:
> “Anak kami bukan anak kucing. Bukan barang patung pameran utk diusung ke hulu ke hilir..Dia mati dalam jagaan kamu — kamu tak layak usung jenazah dia ke sekolah untuk tunjuk hormat palsu.”
---
10. Urusan Jenazah & Pengebumian
Kami putuskan:
Mandi jenazah Zara di hospital
Solat jenazah di hospital
Bawa pulang ke kampung malam itu juga
Solat sekali lagi di kampung dan kebumikan sekitar jam 11 malam..walaupun awalnya ibu kandung berat utk kebumikan mlm tu kerana maasih x puas menatap wajah anknya😥😥..saya pujuk ibu kandungnya agar redha..barulh ibu merelakn..
Jenazah Zara sangat lembut, wajahnya bersih, tersenyum. Kami tahan air mata saat mandikan dan kafankan dia. Kami mahu dia pergi dalam damai.
> “Kami redha… tapi kami tidak akan biarkan kebenaran dikubur bersamanya.”
---
11. Layanan Polis di IPD Papar – Sikap Tidak Telus IO (Ahad, 20 Julai 2025)
Pada Ahad, waris hadir ke IPD Papar untuk:
Ambil maklum balas laporan terdahulu
Ibu kandung membuat laporan tambahan, berkaitan tindakan pengetua yang menghalang beliau daripada buat laporan polis semasa di hospital
Namun sepanjang proses itu, pegawai penyiasat (IO) menunjukkan sikap sambil lewa dan tidak profesional:
Semasa ibu menyatakan butiran laporan, IO hanya mendengar, tanpa tanya lanjut atau sahkan fakta
Bila ibu tanya: “Kenapa tak rekod? Kenapa tak taip masa saya cerita?” IO mengeluh dan baru mula menaip secara ringkas
Selesai menaip, IO terus hulurkan borang laporan dan arahkan ibu tandatangan — tanpa beri peluang semak isi laporan
> “Belum semak pun... takkan terus tandatangan?”
Saya sebagai waris kedua turut hadir, dan dari awal IO kelihatan tidak senang dengan kehadiran saya — mungkin kerana saya banyak mempertikaikan cara siasatan dijalankan.
Lebih mengejutkan, IO:
Berkelakuan tidak profesional, mengeluh lapar & belum makan
Enggan jawab dengan jelas bila ditanya perkembangan kes
Kata siasatan belum selesai sebab “pelajar balik, tunggu Isnin”
Zara sudah mati dalam asrama. Tapi kami pula dipersoal, ditekan dan dihalang bersuara. Siapa sebenarnya yang mereka lindungi?
---
12. Surat Rasmi & Penyerahan Barang Zara – Juga pada Ahad, 20 Julai 2025
Pada hari yang sama (Ahad):
Ibu kandung menghantar surat rasmi tuntutan laporan insiden kejadian Zara sekitar jam 2 petang ke pihak sekolah
Namun pengetua tidak hadir di sekolah — surat diterima oleh warden atas arahan
Barang-barang peribadi arwah Zara juga diserahkan kepada waris pada hari ini
Barang-barang tersebut telah dikemas lebih awal oleh guru dan pelajar, tanpa kehadiran ibu kandung. Tiada peluang untuk ibu periksa atau pastikan sendiri barang anaknya sebelum disusun. Ini sangat mengecewakan.
Kami bukan mahu menyusahkan. Kami hanya mahu hormat terhadap hak waris dan hak anak yang telah tiada.
13. Ujian Terakhir – Di Kubur Zara
Ketika di tanah perkuburan, ada pegawai sekolah menasihatkan ibu Zara agar tidak viralkan kes ini. Ramai saksi yang mendengar.
Kami sedih. Kami tak minta lebih. Kami hanya minta tahu:
Apa yang berlaku kepada anak kami malam itu? Siapa yang nampak? Siapa yang tahu? Kenapa semua diam?
-
14. Naratif "Bunuh Diri"? Kami Tidak Terima
Sejak awal, kami dapati ada kecenderungan dalam cara siasatan dikendalikan yang seolah-olah cuba mengarahkan pemahaman awam kepada satu naratif: bahawa Zara bunuh diri.
Kami tidak menuduh sesiapa. Tetapi kami sangat hairan:
Mengapa semua saksi diam?
Mengapa kecederaan tubuh yang parah itu tidak disiasat sebagai berunsur jenayah?
Mengapa tiada rakaman CCTV dibekalkan walau bangunan asrama moden lazimnya ada CCTV di tangga atau koridor?
Mengapa pihak polis kelihatan tidak aktif mencari motif lain, malah menekan waris yang bertanya?
Kami risau, terlalu awal satu “konklusi” dibentuk secara halus — seolah-olah Zara melompat sendiri.
> Kami tolak naratif itu.
Kami mahu siasatan semula yang telus, terbuka dan bebas daripada pengaruh mana-mana pihak sekolah, kementerian atau individu berkepentingan.
Zara bukan anak yang mudah putus asa.
Dia rajin solat. Dia tak pernah tinggikan suara. Dia selalu kata:
> “Zara lawan je mama. Zara inda takut.”
Adakah seorang anak seperti ini, tiba-tiba mahu terjun bangunan?
Atau adakah ada sesuatu yang lebih besar sedang cuba ditutup?
Nota Undang-Undang & Hak Waris
Kepada pembaca yang budiman,
Segala kenyataan dan kronologi yang dikongsi ini adalah:
✅ Berdasarkan pengalaman sebenar waris sendiri,
✅ Disusun demi keadilan dan hak arwah,
✅ Tidak menyebut mana-mana individu secara fitnah, dan
✅ Dilindungi oleh hak waris untuk bersuara, sebagaimana dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
📌 Rujukan Undang-undang:
1. Hak waris untuk menyatakan kronologi kematian anak atau ahli keluarga:
> ➤ Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap warga untuk bersuara selagi tidak melanggar undang-undang.
➤ Waris sah berhak menyatakan kronologi dari perspektif mereka, termasuk maklumat yang berlaku kepada anak mereka sepanjang dalam jagaan pihak lain (seperti sekolah berasrama).
➤ Semua catatan ini tidak menyebut nama penuh pelaku, dan tidak menuduh secara muktamad – sebaliknya hanya menuntut siasatan lanjut dan kebenaran.
2. Larangan mengganggu waris dengan fitnah atau komen menyakitkan hati:
> ➤ Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 – melarang sebarang komunikasi jelik, menyakitkan hati, atau berbentuk gangguan kepada individu lain di media sosial.
➤ Mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan fitnah, ejekan, sindiran jahat atau gangguan kepada keluarga arwah boleh dikenakan tindakan undang-undang sivil dan jenayah.
3. Larangan menyebar semula gambar atau kenyataan keluarga tanpa izin:
> ➤ Semua kandungan ini adalah milik sah waris Zara Qairina. Sebarang penyebaran tanpa izin bertulis akan dianggap pelanggaran hak.
➤ Pihak yang menyebarkan semula dengan niat memperlekeh, menghina atau mencetuskan provokasi boleh diambil tindakan undang-undang.
Kami tidak berniat menyalahkan sesiapa. Kami hanya mahu keadilan.
Kami tidak meminta simpati. Kami hanya menolak untuk diam.
Ini adalah suara hati keluarga — yang telah kehilangan segalanya.
💬 Peringatan:
Sila berhati-hati dalam meninggalkan komen.
Komen yang menghiris, menyakitkan atau melampaui batas bukan sahaja tidak beretika, bahkan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
🕊️ Kami redha… Tapi kami tidak akan berdiam.
🕊️ Zara, maruahmu akan kami jaga — hingga nafas terakhir kami.
------------------------------------------------------------

SUDAH 5 HARI BERLALU. APA STATUS LAPORAN KES ZARA?
Saya menerima mesej daripada pihak berkaitan yang masih menanti jawapan.
Mereka bukan minta simpati. Mereka cuma minta hak ditegakkan..
Dan lebih mengejutkan, sampai hari ini, laporan kejadian malam insiden pun masih belum diserahkan kepada waris.
Sedangkan itu adalah hak paling asas seorang ibu/penjaga: untuk tahu apa yang berlaku kepada anak mereka ketika di bawah jagaan institusi.
Laporan malam kejadian bukan laporan siasatan polis. Ia adalah laporan dalaman yang sepatutnya disampaikan segera sebagai amanah, bukan ditangguhkan atas nama prosedur.
Penting untuk kita tahu, dari sudut undang-undang, semakin lambat siasatan dibuat, semakin besar risiko:
bukti hilang
saksi lupa
dan keadilan terjejas.
Keterangan boleh terpadam oleh waktu. Bukti fizikal boleh musnah.
Dan trauma mangsa lain yang masih hidup, akan semakin menebal bila tindakan lambat diambil.
Ini bukan soal mencari salah.
Ini soal menunaikan amanah siasatan dan menjamin keadilan kepada yang telah pergi dan yang masih hidup.
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, maka hendaklah kamu menghukumnya dengan adil.."
(Surah An-Nisa’ ayat 58)
Suara ini bukan untuk menyalahkan, tapi untuk mengingatkan: Jika kita lambat bertindak, kita sedang beri ruang kepada kezaliman berulang.
Saya menyatakan kebimbangan awam terhadap kelewatan siasatan dan penyerahan maklumat. Ini bukan suara membenci, tetapi suara hati seorang rakyat yang percaya keadilan mesti ditegakkan, bukan ditangguhkan.
Menuntut keadilan,
Marhamah Rosli
21/7/2025
Sumber gambar: FB @Tuhau Bambangan
====
Saya edit. Tambah info
Ramai yang keliru antara dua jenis laporan:
1️⃣ Laporan malam kejadian (laporan dalaman sekolah/asrama):
Ini bukan laporan polis.
Ia adalah catatan awal daripada pihak sekolah atau asrama tentang apa yang berlaku pada hari dan malam kejadian, contohnya:
. Jam berapa pelajar ditemui dalam keadaan kritikal
. Siapa yang ada di lokasi
. Apa tindakan segera yang diambil oleh warden/guru/asrama
. Bila waris dimaklumkan (jika sempat dimaklumkan sebelum pelajar meninggal dunia, atau selepas kejadian berlaku)
Laporan ini sepatutnya diberikan kepada waris dengan segera, sebagai bukti amanah dan tanggungjawab pihak yang menjaga anak tersebut.
2️⃣ Laporan polis:
Ini pula laporan rasmi yang dibuat kepada pihak berkuasa untuk siasatan jenayah. Ia tertakluk kepada prosedur undang-undang dan mungkin mengambil masa.
❗NOTA PENTING:
Laporan polis tidak menggugurkan kewajipan pihak sekolah/asrama untuk menyerahkan laporan dalaman kepada waris.
Hak waris untuk tahu apa yang berlaku kepada anak mereka adalah hak yang tidak boleh ditangguhkan atas alasan prosedur.
‼️ NOTA TAMBAHAN:
TIADA SESIAPA boleh menghalang atau memanipulasi ibu/penjaga mangsa daripada membuat laporan polis sendiri, dengan alasan:
(contoh) "tidak perlu report, pihak sekolah sudah buat laporan"
Ini adalah bentuk penafian hak waris.
Laporan sekolah adalah laporan institusi.
Laporan waris adalah suara keluarga mangsa dan itu hak mutlak mereka di sisi undang-undang.
------------------------------------------------------------
💔 "Langit terakhir Zara Qairina"

Sebuah kisah benar yang tak sepatutnya berlaku, tapi terjadi…
"Mak... kalau satu hari nanti Zara tak balik, Mak jangan nangis ya... Mak doa je untuk Zara."
Ayat tu macam gurauan, tapi siapa sangka itu ayat yang paling pedih untuk diingat.
Baca: go.my/Kronologi-penuh-kes-buli-zara-qairina
Zara Qairina Mahathir.
Anak perempuan sulung. Umurnya baru 13 tahun.
Kecil, manja, dan sangat menjaga solatnya. Tak pernah tinggi suara pada sesiapa. Hatinya lembut… kadang-kadang terlalu lembut.
Zara selalu cakap nak masuk sekolah agama.
Katanya, dia nak belajar tentang akhirat, nak hafal Quran. Nak jadi anak solehah untuk Mak dan Ayah.
"Zara nak banggakan Mak, nak tarik tangan Mak masuk syurga nanti…"
Mak cuma senyum masa tu. Bangga. Tak sangka anak sekecil itu dah fikir jauh.
Tapi siapa sangka,
Tempat yang katanya ‘asrama penuh barakah’ itu…
Jadi tempat terakhir Zara menghembuskan nafas.
16 Julai 2025
Jam 3 pagi.
Satu panggilan masuk. Suara di hujung talian bergetar.
"Anak puan… ditemui tak sedarkan diri. Kami dah hantar ke hospital."
Zara jatuh dari tingkat tiga blok asrama.
Kata mereka, Zara mungkin terjatuh.
Tapi kenapa tiada jeritan?
Kenapa tiada pelajar lain yang perasan?
Dan kenapa tubuhnya seperti “diletakkan”, bukan terhempas?
Baca: go.my/Kronologi-penuh-kes-buli-zara-qairina
17 Julai
Jam 11 pagi.
Zara menghembuskan nafas terakhir.
Tanpa sempat buka mata untuk lihat wajah mak ayahnya.
Dan saat itulah, dunia keluarga ini runtuh.
Anak yang dihantar dalam keadaan sihat…
Pulang dalam keadaan kaku.
Bila jenazah sampai rumah,
Ibu pandang wajah anaknya.
"Kenapa muka Zara bersih sangat… tak macam orang jatuh bangunan…"
"Kenapa tak ada calar besar, tak ada lebam teruk?"
"Kenapa semua orang minta kami ‘redha’ dan ‘jangan kecoh’?"
Dari situ, satu demi satu cerita keluar.
-Zara pernah bagitahu kena kacau waktu malam.
-Ada pelajar senior yang selalu panggil suruh ambil air panas waktu semua orang tidur.
-Ada yang ambil barang, suruh belanja.
-Ada yang… usik dia secara fizikal. Dan Zara hanya mampu diam.
Kenapa dia tak lawan?
Sebab Zara… terlalu baik.
Dia tak suka susahkan orang. Tak suka burukkan orang.
Dia pendam. Dan akhirnya, dia pergi, membawa semua rahsia tu ke dalam liang lahad.
Yang lebih menyakitkan…
Ada yang cuba tutup cerita ni.
Ada yang beri alasan: “Benda dah jadi. Redhalah.”
Ada yang tukar pelajar sekolah lain tanpa soal siasat selesai.
Tapi mak Zara bangkit.
“Kami bukan nak salahkan sesiapa. Tapi jangan biar kematian anak saya jadi angka kosong. Kami reda… tapi kami takkan diam.”
Sekolah sepatutnya tempat paling selamat untuk anak-anak.
Bukan tempat mereka didera mental, fizikal, dan emosi.
Berapa ramai lagi anak-anak kita di luar sana… yang terluka dalam diam, tapi tak pernah diberi peluang untuk bersuara?”
---
Zara dah tak ada.
Tapi kisah dia,
Akan terus disebut sampai bila-bila.
Kerana kematian dia bukan ‘ajal biasa’.
Tapi mesej besar dari Tuhan…
Untuk kita semua BANGKIT dan BERSUARA.
---
Kalau kau ada anak, tengok mata dia hari ni. Tanya… "Kau okay ke kat sekolah?"
Kadang anak tak jawab. Tapi mata mereka akan cerita.
Dan kepada yang membaca cerita ini…
Jangan hanya bersedih. Jangan hanya marah sekejap.
Bantu Zara dapat keadilan.
Bantu suara mak ayahnya sampai ke atas.
Dan bantu anak-anak lain selamat dari apa yang Zara lalui.
Zara…
“Kau mungkin pergi dalam senyap,
Tapi langit akan bersuara bagi pihakmu.”
Dan kami akan pastikan… pemergian kau, tak akan sia-sia.
#JusticeForZara
------------------------------------------------------------
ZARA CEDERA TERUK !

Kecederaan arwah Zara Qairina sangat teruk — kepala lembut, otak tidak berfungsi, tengkuk patah, kaki terbalik, arteri putus dan organ dalaman gagal.
Tetapi ketika ditemui, tubuhnya bersih dan tidak ada kesan darah langsung (kecuali di kaki). Seolah-olah dipukul, kemudian diletakkan.
Bagaimana seorang individu yang "TERJATUH" dari tingkat tiga asrama, tetapi tubuhnya tidak berdarah? Kecederaan dalaman pula sangat serius!
Semasa dalam rawatan di ICU, ibu arwah bertanya kepada pihak asrama tentang "bagaimana arwah boleh terjatuh".
Tetapi, pihak asrama hanya mendiamkan diri. Lebih sadis lagi, mereka sibuk mengambil gambar arwah yang sedang terbaring tenat di atas katil!
Semasa ibu arwah membuat laporan polis di IPD, pegawai penyiasat (IO) di sana seolah tidak berminat mahu mendengar laporan ibu arwah.
Bahkan, sempat menyatakan bahawa dia sedang lapar. Di mana sikap profesional seorang IO? Bukankah sepatutnya laporan ibu arwah diambil serius dan disiasat dengan TELUS?
Kes ini seperti mahu ditutup dengan kesimpulan mudah — kononnya arwah terjun sendiri. Bahkan, seluruh Malaysia ditipu dengan laporan palsu kononnya arwah "TERJATUH".
Pihak asrama pasti tahu siapa pelakunya, tetapi memilih diam. Kemungkinan, sudah disogok dengan ugutan ataupun amaran.
Jika benar pelakunya adalah anak VVIP, maka kes ini tentu akan menjadi rumit dan panjang. Undang-undang di Malaysia boleh dibeli dengan wang. Itulah sebab kebanyakan kes tidak terbela.
Namun untuk arwah Zara, semoga ada sinar dan keadilan. Semoga peguam yang menguruskan kes ini, diberikan ketenangan dan kelancaran untuk menegakkan kebenaran. Aamiin!
#JusticeForZara
------------------------------------------------------------

Tragedi Zara Qairina: Teriakan "Kau Pembunuh!" dan Tanda Tanya Kematian di Asrama
Satu insiden tragis telah menggemparkan masyarakat Malaysia apabila kematian seorang pelajar, arwah Zara Qairina, menimbulkan pelbagai persoalan yang belum terjawab. Catatan daripada ahli keluarga arwah yang tersebar di media sosial baru-baru ini telah mencetuskan gelombang simpati dan kemarahan rakyat, disertai dengan tanda tanya besar: apakah yang sebenarnya berlaku pada malam kejadian?
Jeritan Mengerikan di Asrama
Menurut catatan tersebut, pada malam kejadian, seorang pelajar telah diambil oleh ibu bapanya dari asrama. Ketika itulah beberapa pelajar lain dilaporkan menjerit "KAU PEMBUNUH!" kepada pelajar itu, menimbulkan spekulasi bahawa terdapat unsur jenayah di sebalik kematian Zara.
Tambahan pula, timbul nama "Kak Wana", individu yang dikatakan sedang dalam proses menukar sekolah bersama rakan-rakannya. Ini menimbulkan persoalan, adakah ini cubaan untuk melarikan diri atau menutup kes?
Dakwaan: Bukan Terjatuh, Tetapi Dibunuh?
Laporan awal menyebut arwah "terjatuh" sebagai punca kematian. Namun catatan keluarga mempertikaikan versi ini dan mendakwa arwah sebenarnya “dibunuh.” Jika benar, ini mencerminkan kegagalan besar dari segi keselamatan pelajar di asrama sekolah.
Lebih mengecewakan, pihak sekolah dikatakan memujuk ibu arwah agar tidak membesarkan isu ini, dan meminta agar kes tidak diviralkan. Sikap sebegini jelas menimbulkan kemarahan ramai netizen, yang menganggap ini satu cubaan untuk menyapu isu ini di bawah karpet.
Keadilan Masih Belum Terbela
Kini telah masuk hari ke-8 sejak kematian arwah, namun keadilan masih belum ditegakkan. Individu yang dikaitkan dengan kematian arwah difahamkan cuba dipindahkan ke sekolah lain — satu tindakan yang dilihat seperti mahu menghapuskan bukti dan melindungi pelaku.
Keluarga arwah serta orang ramai terus merayu agar kebenaran ditegakkan. Doa dan harapan disampaikan agar pihak berkuasa menyiasat dengan telus dan membawa pelaku ke muka pengadilan.
Tuntutan Rakyat: Keadilan untuk Zara
Hantaran ini telah mencetuskan kempen dalam talian dengan tanda pagar #JusticeForZara, di mana ribuan netizen menuntut agar kes ini disiasat secara menyeluruh dan pelaku sebenar dihukum. Banyak komen juga mendesak agar individu yang terlibat tidak dibenarkan berpindah sekolah sebelum siasatan selesai.
"Ya Allah... Kau tunjukkanlah kebenaran yang terang untuk kes ini," doa penulis di akhir hantaran tersebut.
Kes Zara Qairina bukan sekadar kisah seorang pelajar yang meninggal dunia, tetapi simbol kepada perjuangan menuntut keadilan dan menolak budaya tutup mulut dalam institusi pendidikan.
#JusticeForZara | Keadilan Untuk Zara
Sumber : TT Black n Pink #kiniviral
------------------------------------------------------------
Saksi dedah apa yang dia dengar pada malam kejadian 😭😭
"Jam 2.30 pagi, saya nampak Zara tidur di belakang pintu tandas. Lepas saya selesai mandi, Zara dah tiada di situ." - saksi
"Malam tu juga, saya dengar Kak Dedeng marah-marah dekat Zara. Lepas tu, Kak Dedeng hilang." - saksi
Allahuakbar. Apa sebenarnya yang berlaku kepada anak kecil ini? Jika benar arwah dibuli pada malam itu, tidak terbayang rasanya sakit yang anak ini lalui.
Tubuhnya cedera teruk, organ dalaman rosak! Sebaknya hati ini, ya Allah...
Kata saksi, Kak Dedeng belum dipanggil untuk memberikan keterangan. Kemungkinan, sudah menjadi dendeng berapi. Sakitnya hati ini, ya Allah...
Jangan risau ya, Zara... kami semua ada. Satu Malaysia sokong Zara. Kami akan tunggu sehingga kes ini selesai. Semoga ada keadilan untukmu, anak yang baik. Aamiin..
#JusticeForZara
------------------------------------------------------------
Bagi mereka yang tengah giat 'menyorok' kes Adik Zara. Mari saya ingatkan anda semua, bagaimana keadaan beliau semasa sampai ke hospital.
- Otak mati (brain death)
- Tengkorak pecah, kepala lembik dan berair bila disentuh
- Tengkuk seperti patah, tapi tiada darah keluar. Darah hanya mengalir dari kaki
- Saraf tunjang dipercayai terputus atau rosak teruk, berisiko besar lumpuh & kegagalan sistem utama
- Organ dalaman rosak, jantung membengkak
- Tangan & kaki patah, kaki kiri terkehel dari buku lali
- Kemungkinan besar berlaku pendarahan dalaman akibat arteri utama terputus— walaupun tiada darah luaran, darah telah berkumpul dalam rongga badan hingga menyebabkan kegagalan organ dan pembengkakan jantung.
Kita mahukan tindakan tegas, pantas dan telus!
Kredit: Syafiq Fadeli
------------------------------------------------------------
PEMERGIAN ZARA QAIRINA : 3 CATATAN DARI HOSPITAL KE LIANG LAHAD
1) Ketika ibu Zara berada di hosp dalam keadaan bersedih atas kehilangan anak tercinta, pihak sekolah didakwa beri tekanan halus, minta jangan buat laporan polis.
2) Ketika hari pengebumian, pihak sekolah beri cadangan agar Allahyarhamah Zara dibawa ke sekolah untuk disolatkan kononnya sebagai 'penghormatan terakhir'.
3) Ketika berada di tanah kubur, pihak sekolah dekati ibu Zara sekali lagi & nasihat agar benda ni tidak diviralkan. Ramai juga orang dengar apa yang dicakapkan.
Bayangkan kita berada di tempat ibu Zara? Sudahlah baru hilang anak, dihadirkan pula dengan sikap kurang sensitif daripada sekeliling 😭🥺
------------------------------------------------------------

'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'
“Saya mahu kes ini disiasat dengan telus, adil dan saksama serta tidak menyembunyikan sesuatu yang tidak betul," - Noraidah Lamat.
Baca berita penuh di ruangan komen.
------------------------------------------------------------------
TRAGEDI ZARA QAIRINA: APABILA RUMAH, SEKOLAH DAN MASYARAKAT GAGAL BERPERANAN
"Tragedi yang menimpa adik Zara Qairina, seorang pelajar tingkatan satu yang dikatakan mati akibat buli, bukan sekadar kisah sedih. Ia adalah cermin retak masyarakat kita hari ini, sebagai satu simptom betapa sakitnya masyarakat pada hari ini."
Shazamawati binti Zam Hashari
Ketua Wanita ISMA
Baca artikel penuh di sini:
-------------------------------------------------------------
#mingguanwanita Bekas pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Limauan, Datin Rosnih Nasir tampil memberikan penjelasan berikutan dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan tragedi melibatkan kematian pelajar sekolah tersebut, Allahyarham Zara Qairina Mahathir.